ANAK ZAMAN ICT
Anak zaman ICT berbeza sekali
Berbanding anak zaman mundur yang tidak dikenali
Mereka ingin tahu serba-serbi.
Komputer bukan asing lagi
Jadi mainan mereka sehari-hari
Amat laju, mereka peroleh informasi
Laman web dibuka, maklumat diteliti.
Anakku kini di tahun satu
Merengek supaya dibuat facebook wahana baharu
Katanya facebook perlu
untuk ditulis karangan ’Comel’ kucingnya itu
dihebahkan kepada kakaknya, ia menghasilkan sesuatu.
Kini, kehendaknya tersedia
Karangan pendeknya disiapkan segera
Lantas, terpampang dalam wahana
Seronoknya tidak terkira.
Hasil pena,
Aboh
9 Jan 2010-01-09 Sabtu
6.20 ptg
No comments:
Post a Comment