Saturday, January 2, 2010

Lawatan ke Singapura

Pada 20 dan 21 Disember 2009 yang lalu, saya berkesempatan melawat ke Kota Singa.
Antara destinasi tumpuan kami adalah pusat beli-belah di Jalan Orchard, Pulau Sentosa, Pusat Sains Singapura, Masjid Sultan, Istana Sultan, dan lain-lain lagi. Kadar tukaran mata wang Singapura DS100 bersamaan RM242. Terasa kecil sungguh mata wang kita.
Memandangkan tujuan kami ke Singapura untuk 'melihat kemajuan' negeri orang, tidak banyak barangan yang dibeli.

Antara perkara positif masyarakat Singapura yang boleh dicontohi ialah:

1. Kebersihan - amat diutamakan
2. Merokok - di tempat tertentu
3. Sentiasa mematuhi peratuhan dan undang-undang

Jikalau perkara ini dapat diikuti oleh rakyat Malaysia, kita juga mampu mengatasi negara itu.

No comments:

Post a Comment