TULUSNYA GURU
Denyut nadi guru
Sesejuk salju
Menghambat amarah terbuku
Denyut nadi guru
Putih kalbu
Kepada Ilahi diserah syahdu
Denyut nadi guru
Sembilu pilu
Dibiarkan berlalu
Denyut nadi guru
Anak didik dicurahkan ilmu
Kepuasan hidup yang tentu
Denyut nadi guru
Tulusnya tidak diragu
Bekal ampuh, visi dituju.
Hasil fakir,
Abdul Talib Hamid
PPD Kuala Langat
8 Mei 2009
Jumaat
No comments:
Post a Comment