Saturday, January 16, 2010

DOA UNTUK ANAKANDA

penampoPada hari ini 16 Januari 2010, anakandaku, Abdul Muizz yang sedang berada di Universiti Al-Azhar, Mesir sedang menghadapi peperiksaan (Tafsir Al-Qu'ran). Semoga Allah memberikan pertolongan kepadanya. Di bawah ini doa untuknya;

Allahumma Rahim,

Allahumma Yassir Walatuassir,
Ya Allah kurniailah anakku tubuh yang afiat,
ingatan tajam yang berkudrat,
dada lapang yang hebat,
ilham bernas yang sarat,
seterusnya dapat menjawab soalan yang tersurat dan tersirat,
mendapat kecemerlangan yang dihajat,
memperoleh ilmu yang bermanfaat serta berkat,
ilmu disebarkan kepada ummat,
menerangi yang gelap, menyedarkan yang sesat,
akhirnya bahagia di dunia walakhirat.
Amin, Ya Allah yang menunaikan hajat.


Aboh,
16 Januari 2010
Sabtu,
5.59 ptg.

No comments:

Post a Comment