Tuesday, March 9, 2010

Tuesday, February 23, 2010

FOTO PENGARAH DI PPDKL







PENGARAH JPS DI PPDKL





Pada 23 Februari 2010, Pengarah Pelajaran JPS yang baharu, Tuan Suliman Wak telah menghadiri perhimpunan Khas Pengetua dan Guru Daerah Kuala Langat.

Sunday, February 7, 2010

PIBGSMKJ





PERASMIAN MESYUARAT AGUNG PIBG SMK JENJARU 6.2.10




SEDANG BERUCAP


















MEMERIKSA PERBARISAN PASUKAN BERUNIFORM








KETIBAAN.. BATIK MERAH

Saturday, February 6, 2010

BERITA KRIKET DALAM UTUSAN MALAYSIA 6.2.10

A. TALIB HAMID (kanan) menyerahkan kayu pukul kepada Guru Besar SK Bandar, Kamalul Azam Mohammed sebagai simbolik pada majlis pelancaran pusat kriket Kuala Langat, dalam Program Pembangunan Kriket Remaja di SK Bandar di Banting, baru-baru ini. Turut sama ialah Mathews (kiri) dan Mir Shahariman.


BANTING - Pusat Program Pembangunan Kriket Remaja bagi kumpulan bawah 12 tahun di Kuala Langat diwujudkan semula setelah dua tahun direhatkan oleh pengendalinya, Persatuan Kriket Melayu Malaysia.

Sekolah Kebangsaan Bandar di Banting menjadi tuan rumah pelancaran semula pusat pembangunan di Kuala Langat pada 27 Januari lalu yang turut dihadiri oleh Pegawai Pelajaran Dearah Kuala Langat, A. Talib Hamid, Naib Yang Dipertua Kriket Melayu, Datuk Ar. Mir Shahariman Shaharuddin dan penyelaras pusat Kriket Melayu di Kuala Langat, Jacob Mathews.

Pusat di Kuala Langat diwujudkan oleh Kriket Melayu mulai tahun 1999 dan daerah itu memenangi dua kejuaraan Kriket Elit Bawah 12 Kebangsaan pada tahun berkenaan dan 2000.

Tiga sekolah menjadi tumpuan utama dalam program pembangunan daerah itu, SK Seri Lanang, SK Bukit Changgang dan SK Bandar.

Tiga guru besar, Habsah Ismail (SK Seri Lanang), Misinah Johari (SK Bukit Changgang) dan Kamalul Azam Mohammed (SK Bandar) mengalu-alukan usaha Kriket Melayu memulihkan semula penumpuan di daerah berkenaan.

SAJAK UNTUK DR. ZAHRI AZIZ

SEDULANG TINTA

TITIPAN JASA

(Khas untuk Yang Berbahagia Dr. Haji Zahri Aziz Mantan Pengarah Pelajaran Selangor)

Curahan sungai baktimu

mengalir deras bersama larian dedaun waktu.

Jasa ditebar merata hingga ke hujung desa

melihat bunga kesungguhan, menghirup aroma ketulusan guru

mengajar anak didik dengan harapan melimpah

pandai baca, tulis dan kira

tanpa alasan dan helah biasa,

’murid malas, ponteng, tiada motivasi, tidak mahu berusaha’

dan seribu satu lagi, hujahan hamburan berbisa.

Bagimu, pengajaran dan pembelajaran

Itu yang lebih utama kiranya cukup waktu diguna

pengajaran berkualiti dipertonton setulus rasa

hasilnya pasti tidak tertumpah, murid belajar dengan mudah.

Kelebihan bejana ingatanmu, cepat menangkap, kejap mengingat

nama guru besar, pengetua, atau guru

disimpan segar dalam peti ingat.

Nasihat dan arahan bermanfaat

dikongsi agar tiada yang terpengap.

Keceriaan, kebersihan, dan keselamatan sekolah

ditumpu sepenuh

kerana ’pandangan pertama, indikator yang lain’.

Jika itu tidak disepuh, yang halus tersirat, akan membirat.

Kata dikota, itulah petua, bukan mainan atau lawak jenaka

yang akur – membernas keinsafan

dijaja merata, semangat diperkasa

agar menjadi rimbunan teladan.

Yang masih bersama lembar-lembar hempedu – membatu

salju nasihat datang bertalu-talu

mendidik kesempurnaan menjaja ingat tanpa keliru

di pelosok-pelosok insaf sanubari yang syahdu.

Inilah amalan kudusmu, berbekal mutiara bahasa mulia

berhemah dalam menganyam bicara.

Bersama jejak-jejak memori di Persada Darul Ehsan ini

ada waktu-waktunya tempias duka

menampar kebeningan wajahmu.

Berbekal perisai pengalaman

Gerimis duka ditindan wangi salju kedamaian.

Doa dan harapan kami

bahtera kehidupan dan khidmatmu

gagah meranduk laut cabaran bergelora

merealisasikan Bidang Keberhasilan Utama Negara

di Bahagian Pendidikan Guru menunggu

dengan kekuatan baharu, penawar sabar, tunjang istiqamah,

inti muhasabah, merenung hakiki

seiringan kelopak syukur di taman hati,

kerana, kita akan kembali ke akar penciptaan Ilahi.

Nukilan,

Abdul Talib Hamid

PPD Kuala Langat, 4 Januari 2010, Rabu. 1.43 Pagi.