Pelakon berjaya wataknya dibenci atau disukai
dia menghayati sesungguh hati skrip yang diberi
lalu beraksi dengan teliti serta berhati-hati
agar gerak-gerinya mudah difahami.
Ada ketika lakonan tak menjadi
kerana streotaip, sebab dan akibat sudah dikenal pasti
berlakonlah sendiri, audien tiada ghairah, hanya memerhati
kesudahan, opera yang hambar, hilang seri berlalu sendiri.
Lukisan rasa,
Abu Naim
10 Januari 2010
Ahad
No comments:
Post a Comment