Saturday, January 16, 2010

SAJAK 12

Nama Allah

Gempita negara cerita nama Allah disalah guna
gerombolan musyrik cuba adu kekuatan tenaga
menguji 'peka' atau 'pekak' Muslim serata negara

nama Allah mahu diguna dalam tulisan mereka
kerana, katanya, "sesiapa boleh guna" nama itu hak bersama.

Kita tahu yang tersurat dan tersirat di minda
mengelirukan generasi muda dan umat Islam jua
agar akhirnya, semua agama itu sama

seperti pernah disebut oleh seorang ternama.
Jika itu hasrat mereka, celaka yang menimpa
zaman kita masih boleh berpesan, mengingatkan
anak-anak kita yang masih ingusan

pengangan agama kekadang tak keruan
pengaruh globalisasi berterusan

menyerang siang dan malam
kerja terancang yang tak pernah padam.


Wahai umat yang punya wawasan akidah Islam
buatlah sesuatu tanda kita bencikan tindakan kelam

permain sensitiviti orang beriman.
Doa dan munajatlah kita, jangan alpa
amalkan ajaran-Nya setiap masa

Mudah-mudahan pertolongan-Nya turun serta

Iman membakar, kita pejuang agama sanggup mara.


Kobaran jiwa,

Abtah

9 Januari.2010

No comments:

Post a Comment