Saturday, January 16, 2010

SAJAK 11

SEPETANG DI TANJUNG PIAI


Petang itu

Kaki bertuah ini

Menapak bersama hasrat

Melihat khazanah berharga

Hutan bakau

Monyet dan mawas

Yang masih lestari.


Hutan bakau kini terancam

Hakisan laut mengancam

Monyet bertebaran

Mencari makanan.


Khazanah berharga ini

Lestarikan

Jangan izinkan pembangunan

Kerana

Mereka hanya mengejar keuntungan

Alam semula jadi bukan keutamaan

Kata mereka

”kita perlu perubahan”

”kita perlu berkorban demi kemajuan”.


Hasil fikir,

Abdul Talib Hamid

Tanjung Piai Resort

15 Jun 2009 – Isnin

No comments:

Post a Comment