SEMALAM DI SINGAPURA
(Kenangan di Hotel Fragrance 20 Dis 2009)
Di hotel – inginku kusolat
Tiada petunjuk arah kiblat
Bilik sempit sangatlah sendat.
Di restoran – ingin menjamu selera
Orang banyak – lambat bagai didera
Perut keroncong tidak terkira
Harga makanan boleh tahan juga.
Dalam perjalan ke hotel - malam
Waduh! Kupu-kupu bergentayangan
Mencari mangsa kehausan
Menghirup air kencing setan
Asap beracun bersama hembusan.
Di sini, malamnya berdenyut ria
Muda dan tua sukar dibeza
Mengejar syurga dunia
Bersepah di mana-mana
Tiada halangan – dhalalkan pula
Atas nama kemajuan dunia.
Semoga di negeriku
Tidak begitu
Dilindungi ilahi selalu
Generasiku.
Hasil fikir,
Abdul Talib Hamid
Singapura
21 Disember 2009-12-22 Isnin.
SEBENTAR DI JALAN ORCHARD
(Semasa lawatan ilmu ke Singapura)
Menelusuri jalan Orchad
Bangunan tinggi tertancap
Aneka nama tertatap
Gedung niaga nampak mantap
Pelbagai bangsa menghabisi kudrat
Menonton pentas terbuka yang sarat
Gelagat manusia timur dan Barat.
Aku pemerhati bukan pembeli
RM yang ada kecil sekali
Dollar Singapura nilainya tinggi
RM241 hanya DS100 diganti
Inilah penangan negara maju yang dipuji.
Kiranya kupulang ke tanah airku
Hati dan perasaan tidak celaru
Tempat asalku
Itulah tempat tenteram sejak dahulu.
Malaysia, banggaku tidak terkira
Negara aman, rakyat sejahtera
Tidak kutemui di serata dunia
Ikhlas cintaku – selama-lamanya.
Hasi fikir,
Abdul Talib Hamid
Dalam Bas
Orchard Road, Singapura
21.12.2009 - Isnin
No comments:
Post a Comment