Saturday, January 16, 2010

SAJAK 13

GURU TIDAK BEKU


Guru berwibawa tinggi ilmu

Fikiran bercambah setiap waktu

Berfikir, berfikir dan berfikir lagi tanpa jemu

Pengajarannya adakah difahami, titisan ilmunya sempat diburu?

Guru ikhlas dibuang jauh sifat malas

Mencari kaedah jelas di dalam kelas

Anak didik culas menjadi cergas

ilmu dicurah tertumpah di dalam bekas

Terkesan tidak terlepas lekas.


Guru inovatif dan kreatif sentiasa sensitif

Anak didik moyok dicari penawar dan petis

Agar tumpuan penuh, pembelajaran menjadi aktif.


Guru bersemangat tidak pernah penat walaupun tenat

Agenda mulia untuk martabatkan umat

Kerana guru itu pemikul suratan amanat

Pembina jati diri bangsa unggul

Menerobos ranjau dan onak yang timbul

Mengalamnyatakan hasrat gadang tersimpan di jembul.


Guru, pusingan roda khidmat muliamu tiada henti

Walaupun anak didikmu telah menjadi menteri

Anak didikmu menjadi hartawan terkenal serata negeri

Anak didikmu menjadi doktor, jurutera, arkitek dan juga mufti

Anak didikmu menguasai pelbagai industri

Di kota sendiri atau di luar negeri.


Tidak pernah terlintas dalam benak fikirmu

Untuk dipuja, dipuji sampai merumbu

Kerana kau tahu, semua itu tidak perlu

Yang utama kepuasan dan keseronokan kerja bermutu

Telah dilaksanakan dengan sedar dan berhemah

Keberhasilannya dituai, kejayaan dijamah.


Hasil fikir,

Abdul Talib Hamid

Teratak Mawaddah,

17 Januari 2010, Ahad,

11.40 pagi.

No comments:

Post a Comment