SRIKANDI KENCANA, TERPAHAT BAKTIMU
(Khas buat Puan Hanim binti Ibrahim, mantan Ketua Sektor Pengurusan Akademik JPS)
Ketua Sektor Pengurusan Akademik
Pernah amanah ini kaujawat
Kudrat kental menyelirat jasad
Kecemerlangan pendidikan kauhajat
Tindakan menyeluruh hasrat sederap
Energi besar, gabungan usaha berat
JPS terbilang itulah tersurat.
Hasrat gadang direncana dilaksana
Kesegeraan bertindak, hasil sempurna
Kaugarap pegawai, hasil bermakna
Tiada kerja ditangguh yang lena
Maruah sektor bersih hajat mengena.
Itulah denyut rasa
Kerja buat, amalan khidmat
Roh rutin yang mendaging
Sifat hayat taburan khidmat.
Kini kauperlu menyerakkan bakti
Melebarkan sinar jasa, perkasa seberkas cita
Beranjak tempat, tingkat terhormat
Timbalan pengarah pelajaran kartu tertinta
Itulah sulaman takdir, mengungguli di pantai tadbir.
Kalungan mahkota tahniah
Semoga aura baktimu terpencar
Intan generasi anak didik didahulukan
Keunggulan bintang pencapaian ditapu
Dalam cakerawala keutamaan.
Semoga mutiara afiat bersama lingkaran hidupmu
Semoga salju sentosa, aman bahagia keluarga
Semoga Ilahi menebarkan jala kasih-Nya
Bersama jaring rahmat diperdu hayat.
Hasil fakir,
Abdul Talib bin Hamid
PPD Kuala Langat
8 Mei 2009
Jumaat
No comments:
Post a Comment