Sunday, December 27, 2009

SALAM

:kiss::kiss:
Salam,

Saya pendatang baharu dalam laman ini, memohon pandangan kalian untuk melontarkan bicara membina.
semoga kita bahagia pabila berbicara.
Sekian. Wassalam.

4 comments:

  1. WAALAIKUMUSSALAM,

    OK, KITA SAMBUT SERUAN RAYUAN ITU.
    TK
    ABI

    ReplyDelete
  2. Pada 31 Disember 2010, saya berkesempatan berkunjung ke negara Brunei Darussalam. saya saya tertarik dengan iklan serta papan tanda di negara tersebut mengutamakan tulisan JAWI. Syabas. Semoga jati diri bahasa ini akan berterusan. Amin

    ReplyDelete
  3. tahun 1430H berlalu sudah
    tahun 2009M pun baru berubah
    tali usia kita semakin pendek, tidak bertambah

    - kanak-kanak menjadi remaja
    - remaja pula beralih dewasa
    - dewasa menginjak tua
    - yang tua akhirnya meninggalkan alam fana.
    inilah lingkaran hayat yang pasti
    semua insan dan makhluk tuhan wajib lalui.

    Wahai sahabat serta anak remaja
    muhasabah diri perlu disedia
    bagaimanakah hubungan kita dengan Allah Azzawajalla?
    bagaimanakah hubungan kita sesama manusia?
    - dengan ibu dan bapa
    - dengan saudara dan keluarga
    - dengan sahabat dan tetangga
    bagaimanakah hubungan kita dengan alam nyata?
    - pencemar alamkah kita?
    - perosak fauna dan florakah kita?

    Andainya kita alpa
    amanah diabai saja - perbaikilah
    kiranya tali silaturahmi terputus
    ikat dan sambunglah dengan tulus
    jika kta dalam jemaah
    sepakat sentiasalah
    agar hidup berkat
    aman dan selamat.

    justeru, marilah bermuhasabah
    periksa cela dan kekurangan diri yang terdedah
    dari sekecil-kecil perkara dibedah
    hingga sebesar-besar amalan sudah
    walaupun sukar dan payah
    bagi menghayati
    semangat hijrah Nabi
    yang mengajarkan kita memahami
    urusan halus dan seni
    kadang-kadang menjadi duri dalam diri
    racun perosak ketinggian peribadi
    nanti kitalah yang rugi
    di sana yang bakal dihuni
    di sini yang sedang dikecapi.

    Bicara Rasa,

    Abdul Talib Hamid
    Teratak Hamba
    1 Januari 2010, Jumaat, 6.58 petang

    ReplyDelete