Saya pendatang baharu dalam laman ini, memohon pandangan kalian untuk melontarkan bicara membina. semoga kita bahagia pabila berbicara. Sekian. Wassalam.
Pada 31 Disember 2010, saya berkesempatan berkunjung ke negara Brunei Darussalam. saya saya tertarik dengan iklan serta papan tanda di negara tersebut mengutamakan tulisan JAWI. Syabas. Semoga jati diri bahasa ini akan berterusan. Amin
tahun 1430H berlalu sudah tahun 2009M pun baru berubah tali usia kita semakin pendek, tidak bertambah
- kanak-kanak menjadi remaja - remaja pula beralih dewasa - dewasa menginjak tua - yang tua akhirnya meninggalkan alam fana. inilah lingkaran hayat yang pasti semua insan dan makhluk tuhan wajib lalui.
Wahai sahabat serta anak remaja muhasabah diri perlu disedia bagaimanakah hubungan kita dengan Allah Azzawajalla? bagaimanakah hubungan kita sesama manusia? - dengan ibu dan bapa - dengan saudara dan keluarga - dengan sahabat dan tetangga bagaimanakah hubungan kita dengan alam nyata? - pencemar alamkah kita? - perosak fauna dan florakah kita?
Andainya kita alpa amanah diabai saja - perbaikilah kiranya tali silaturahmi terputus ikat dan sambunglah dengan tulus jika kta dalam jemaah sepakat sentiasalah agar hidup berkat aman dan selamat.
justeru, marilah bermuhasabah periksa cela dan kekurangan diri yang terdedah dari sekecil-kecil perkara dibedah hingga sebesar-besar amalan sudah walaupun sukar dan payah bagi menghayati semangat hijrah Nabi yang mengajarkan kita memahami urusan halus dan seni kadang-kadang menjadi duri dalam diri racun perosak ketinggian peribadi nanti kitalah yang rugi di sana yang bakal dihuni di sini yang sedang dikecapi.
Bicara Rasa,
Abdul Talib Hamid Teratak Hamba 1 Januari 2010, Jumaat, 6.58 petang
WAALAIKUMUSSALAM,
ReplyDeleteOK, KITA SAMBUT SERUAN RAYUAN ITU.
TK
ABI
Pada 31 Disember 2010, saya berkesempatan berkunjung ke negara Brunei Darussalam. saya saya tertarik dengan iklan serta papan tanda di negara tersebut mengutamakan tulisan JAWI. Syabas. Semoga jati diri bahasa ini akan berterusan. Amin
ReplyDeletesajak
ReplyDeletetahun 1430H berlalu sudah
ReplyDeletetahun 2009M pun baru berubah
tali usia kita semakin pendek, tidak bertambah
- kanak-kanak menjadi remaja
- remaja pula beralih dewasa
- dewasa menginjak tua
- yang tua akhirnya meninggalkan alam fana.
inilah lingkaran hayat yang pasti
semua insan dan makhluk tuhan wajib lalui.
Wahai sahabat serta anak remaja
muhasabah diri perlu disedia
bagaimanakah hubungan kita dengan Allah Azzawajalla?
bagaimanakah hubungan kita sesama manusia?
- dengan ibu dan bapa
- dengan saudara dan keluarga
- dengan sahabat dan tetangga
bagaimanakah hubungan kita dengan alam nyata?
- pencemar alamkah kita?
- perosak fauna dan florakah kita?
Andainya kita alpa
amanah diabai saja - perbaikilah
kiranya tali silaturahmi terputus
ikat dan sambunglah dengan tulus
jika kta dalam jemaah
sepakat sentiasalah
agar hidup berkat
aman dan selamat.
justeru, marilah bermuhasabah
periksa cela dan kekurangan diri yang terdedah
dari sekecil-kecil perkara dibedah
hingga sebesar-besar amalan sudah
walaupun sukar dan payah
bagi menghayati
semangat hijrah Nabi
yang mengajarkan kita memahami
urusan halus dan seni
kadang-kadang menjadi duri dalam diri
racun perosak ketinggian peribadi
nanti kitalah yang rugi
di sana yang bakal dihuni
di sini yang sedang dikecapi.
Bicara Rasa,
Abdul Talib Hamid
Teratak Hamba
1 Januari 2010, Jumaat, 6.58 petang